Jumaat, 28 Oktober 2016

Aku Tak Tegar, Kerana itu Aku Jauhkan Diri.

Bulan Ramadhan tahun lalu, syarikat tempat aku kerja terima seorang pelajar praktikal dari sebuah universiti terkemuka dari utara. Aku kenalkan, namanya Amar (bukan nama sebenar). Memandangkan di pejabat kami, hanya aku yang belum berkahwin, Amar sering cuba dekati aku untuk berkawan. Tapi aku sengaja jauhkan diri kerana tahu aku tidak boleh terlalu rapat dengan kawan lelaki. Aku takut aku ulangi tabiat buruk yang lama, Jadi kehadiran Amar tak bawa apa-apa makna buat aku pada mulanya. Aku sering mengelak. 

Tapi Amar tak pernah berhenti berusaha. Dia selalu ajak aku makan waktu rehat, ajak berbual, dan sanggup balik lebih lambat semata-mata untuk dapat mendekati aku. Akhirnya aku kalah. Aku gagal untuk terus 'sombong' apalagi bila Amar mengaku tinggal satu kawasan perumahan yang sama. Mengetahui kami berjiran, aku langsung buka hati, terima dia perlahan-lahan. Dari situ aku terima 'kawan' baru. Sebulan masanya untuk aku bersahabat dengannya

Semakin kenal Amar, semakin aku sedar kalau dia seorang muslim yang sangat baik. Malah sangat warak dan arif dalam hal ehwal agama. Mulutnya tak lepas mengaji di waktu senggang. Setiap waktu solat, tak pernah dia lewatkan. Malah sentiasa mengingatkan aku untuk terus dekatkan diri kepada Tuhan. Kerana Islaminya Amar, aku terus terang bertanya kenapa aku yang dia dekati, padahal aku ini jahil agama dan boleh dibilang jahat. "tak apa" jawab dia. "saya akan bantu abang dekatkan diri dengan syurga" Sambung Amar menyakinkan. Amar panggil aku abang kerana umur kami jauh beza.

Sejak dari itu, Amar selalu datang ke rumah aku. Setiap kali datang, Amar bawa makanan untuk kami makan bersama. Kemudian dia akan mengimamkan solat kami. Aktiviti ini jadi rutin hampir setiap hari. Kini kami sudah semakin rapat, malah rakan sepejabat mulai sedar kedekatan kami. Aku dan Amar mulai di'cap' adik-beradik. Dan aku memang suka diusik begitu. Perlahan-lahan aku sedar, aku sudah mulai sayang Amar. Tak tahu apakah dia juga rasakan hal yang sama. Tapi aku pasti itu ada kerana Amar kelihatan tak mampu jauh dari aku.

Rutin harianku berubah total. Aku dan Amar dari sehari ke sehari jalan bersama. Aktiviti hujung minggu aku yang dulunya bersama teman 'bujang tua'. Sudah aku gantikan dengan menemani Amar ke mana saja yang dia inginkan, sampai aku diejek 'membela anak ikan' oleh kawan-kawan aku yang nakal itu. Tapi memang tak aku nafikan ia mendekati 'arah itu' walaupun aku sedaya upaya mengelak itu terjadi.

Amar ada hobi memancing, dan teroka alam yang tak lepas dari berkaitan air. Dia obses lihat ikan laut dan darat. Jadi aku sering ikut dia memancing, berkelah di air terjun, berjalan ke pantai terdekat dan habiskan petang lihat matahari terbenam di tasik tadahan. Dan... tidak seperti orang lain yang selalu pulang jauh malam tanpa diisi ibadah sembahyang, Amar ajak aku ke semua tempat itu jauh lebih lama. Kami sampai menginap sehari semalam dengan makan tidur solat semuanya disitu. Ini suatu hal yang baru bagi aku.

Apa yang sentiasa buat aku hormat pada Amar, dia sentiasa akan segerakan solat tak kira di mana, hatta di tepi sungai, di tepi tangga, di tepi jalan dan di mana saja asal sampai waktunya. Kami solat beralaskan hanya tanah yang dilapik dengan sapu-tangan di bahagian muka ketika sujud. "tempat ini kelihatan kotor, tapi ia suci". Kata Amar. Solat di atas tanah dengan hanya beralas di muka memang aneh pada orang lain, tapi beginilah Amar. Dia selalu jaga hubungan dengan Tuhan melebihi dari yang lain-lain. Aku sentiasa ingat kata-kata dia, "saya akan bawa abang mendekati syurga".

Hujung tahun, Amar ajak aku balik ke kampungnya di utara. Kampung dia sangat hampir dengan sempadan Thailand. Buat dia, aku sanggup bawa kereta sejauh itu walau sudah malam hari. Dan kami tiba di sana hampir dinihari. Sampai di sana, Amar bawa menginap di rumah keluarganya yang sudah ditinggalkan kosong. Keluarganya sudah pindah ke negeri lain tanpa dijual rumah ini kerana ia sudah diwariskan kepada Amar.

Malam itu (dinihari sebetulnya), buat kali pertama aku tidur bersama Amar. Itu memang suatu hal yang sangat aku takuti, kerana aku bimbang dengan imanku sendiri, lebih-lebih lagi kerana kami tidur di atas satu katil yang sama.  Malam itu buat pertama kalinya aku sedar Amar sangat sayang pada aku walau tidak diluahkan. "Abang ini ialah abang buat saya" ucap dia sambil tangannya mencubit mukaku. Kata-kata ini sudah cukup menerangkan perasaan Amar. Aku tahu Amar jujur menyayangi, tapi aku yang sudah tak keruan. Kemaluan aku mengeras dengan sendiri. 

Bagaimana harus aku lalui hari-hari seterusnya jika begini, padahal aku sudah nekad mahu tinggalkan diriku yang lama? Aku tak mahu 'rosakkan' dia yang begitu suci.

Sejak hari itu, Amar rasa biasa sentuh muka, sentuh rambut, sentuh perut dan segalanya yang tak membatalkan wuduk dari tubuhku. Amar tidak takut langsung kerana dia sedar aku boleh menerimanya. Malah setiap makanan aku yang tersisa, dia sanggup habisi tanpa rasa geli. Tapi, setiap tingkahnya semakin menghanyutkan aku, semakin menbawa aku ke tabiat lama. Aku semakin sayang pada Amar, sayang yang baik antara dua orang sahabat, antara abang dan adik. Tapi aku takut pada diriku sendiri. 

Tak lama selepas itu, atas segala kebaikan (dan kebahagian) yang dia berikan untukku, aku hadiahkan dia satu tiket ke Indonesia buat kami berdua. Aku mulai sedar, kedekatan aku kepadanya mula berubah dari sekadar hubungan abang-adik, kepada sesuatu hubungan yang sudah nampak luar biasa. Aku entah dengan niat atau tidak, akan pastikan bilik hotel yang kami inap, sediakan katil queen size supaya dapat tidur bersentuh badan dengan dia. Tapi aku yakin dia masih tak sedar siapa aku sebenarnya. Macam biasa, Amar selalu pegang rambut, pegang pipi, pegang perut dan segala yang lain. Aku sudah sangat terangsang tanpa pengetahuan dia. Kadang-kadang aku tertanya sendiri apakah dia tidak rasa apa yang aku rasa. Tapi aku tak tahu bagaimana caranya mahu bertanya. 

Gelora nafsu aku terhadap Amar tidak terbendung. Aku suka curi pandang lihat celah kelengkangnya. Lihat bentuk yang berbekas di balik seluar yang dia pakai. Aku berjaga jauh larut malam semata-mata ingin pastikan apakah kemaluan dia mengeras saat tidur.  Aku cium rambut dan kepalanya waktu dia tidur untuk meredakan tekanan nafsuku. Tapi gagal, malah saat aku memakmumkan solatnya pun kemaluan aku mengeras dengan sendiri. Minda aku telah teracuni oleh semua hal berbau nafsu dalam semua situasi selama tiga hari di Indonesia.

Hari terakhir di bilik hotel, aku minta izin untuk peluk Amar sebelum tidur. Baru ada nada mengelak dari dia. "abang ini gay kah?" tanya dia. Tapi aku tak peduli. Amar terus aku peluk dengan sangat lembut hingga dia selesa. Tapi aku masih pandai jaga iman agar tak terjadi hal yang aku sendiri tidak ingini. Aku hanya ingin lahirkan rasa sayang. Aku tanamkan kata-kata itu dalam hati, walaupun sepertinya aku bohong pada diri sendiri.. 

Pagi esoknya sebaik bangun tidur, tanpa aku sangka Amar pula yang minta izin memeluk aku. Aku sangat yakin Amar nikmati kehangatan pelukan aku malam tadi. Aku yakin Amar juga ingin lahirkan rasa sayang dia terhadap aku. Sudah tentu aku bahagia, bersama dengan suatu rasa luar biasa yang sedang bergelora. Kemaluan aku sudah tegang dan melelehkan cairan jernih yang membasahi seluar. Ada sesuatu yang bergerak-gerat semuak meronta dari dalam. Kesan basah mengilat sudah terkesan dari luar. Amar mulai sedar.  Dia lihat semua gelora nafsuku.

Sepantas itu Amar lepaskan pelukan. Dia tak bersuara. Aku tertanya-tanya apakah Amar normal, atau dia juga suka sesama lelaki seperti aku?. Atau dia sekadar peluk aku kerana sayang? Sebaik lepaskan pelukan, Amar minta izin untuk mandi. Aku mula terfikir mungkin Amar juga terangsang saat dia peluk aku sebentar tadi. Aku berimaginasi bahwa Amar mungkin melancap sekali bagi meredakan gelora nafsu yang juga terbangkit. Ketika Amar mandi, aku ambil peluang lihat seluar dalam yang dia pakai. Aku selidik kalau-kalau ada cairan mazi meleleh membasahi seluarnya. Tapi memang ternyata tak ada. Kemudian aku cari jalan untuk intai Amar di bilik air. Ternyata juga Amar tidak Melancap. Amar mandi biasa. Cuma inilah pertama kalinya aku lihat kemaluan Amar yang indah itu dalam samar cahaya. 

Sayangnya aku kantoi. Aku tak sempat turun dari kerusi yang aku guna untuk panjat. Amar buka pintu bilik air lebih cepat sebelum aku sempat turun. "abang intai saya mandi kah?" Sergah amar. Aku hanya diam. Tapi Amar tak pula marah-marah. Hanya selepas itu dia mula jaga-jaga. Amar mula mandi dengan pakai seluar dalam sebagai kain basahan untuk hari-hari seterusnya.

Percutian ke Indonesia berakhir tanpa hal yang tidak aku ingini. Ini percutian yang sangat indah bagiku kerana aku dan Amar mampu lalui hari-hari berdua tanpa musibah menimpa.

Selepas balik semula ke Malaysia, Aku semakin tak mampu kawal diri. Suara jahat sentiasa terlalu kuat menyuruhku lakukan kejahatan. Tapi itu tak pernah disedari Amar. Setiap kali ketika Amar datang ke rumah, Aku sudah berani hanya bertuala. Amar masih tak pernah peduli. Malah aku berani pula tunjuk kemaluanku sendiri di depan dia. Dan sebaik lihat sesuatu yang begitu privasi dari tubuhku itu, Amar mulai beri reaksi yang sungguh di luar jangkaan.

Sebaik itu juga tanpa disangka, Amar pegang kemaluanku yang sengaja aku dedahkan di depan dia. Ada reaksi takut-takut dari dia. Ada reaksi malu tapi mahu. Mujur suara hatiku yang baik cepat memujuk agar tidak teruskan kejahatan pada Amar. Aku hanya senyum dan segera sarung seluar. Aku tak sanggup teruskan permainan. Aku tak sanggup racuni adik kesayanganku yang terlalu suci itu. Suara hati yang baik itu menang pada situasi yang sudah terlalu genting. Aku sedar kesalahan diriku pada waktu itu juga. Aku kembali mengenakan pakaian yang lebih sopan. 

Tapi detik malam itu bagaikan detik permulaan pangakhiran hubungan kami. Amar seperti rasa malu sendiri. Dan aku nekad tidak akan racuni dia mendekati dunia songsang yang selama ini aku lalui. Mulai detik itu, aku cuba jauhkan diri dari Amar walaupun sebenarnya aku tak kuat. Aku nangis sendiri. Aku juga yakin Amar juga nangis sendiri. Setiap kali Amar mahu datang rumah, aku sengaja beri alasan sudah keluar, kerana aku takut langgar janji "tidak akan apa-apakan dia. Ya, aaku mampu jauhkan diri pada Amar, tapi aku tangisi keputusanku itu berhari-hari. 

Kini, Amar sudah habis akhirnya praktikal, dan dapat kerja tetap di sebuah agensi kerajaan di selatan tanahair. Walau sebenarnya aku sangat rindukan dia, tapi dia seperti sudah mula tawar rasa terhadap aku. Anggapan aku adalah 'abang' untuknya, sudah hilang. Amar sudah betul-betul mampu lupakan aku.

Tak tahu apakah aku harus terus jauhkan diri, atau memilih menjalinkan semula hubungan ini. Aku hanya mampu berdoa semoga aku jadi lelaki normal agar aku dapat jalinkan semula hubungan adik-abang dengan Amar yang sesungguhnya. Aku masih menyayangi Amar sesungguhnya.

Amar, bukan nama sebenar.
   




Selasa, 16 Jun 2015

My Best Friend - Syahrin (6)

Kisah ini ialah sambungan cerita saya tentang Syahrin, sahabat saya dalam kisah My Best Friend-episod Awal, Satu, Dua, Tiga, Empat dan Lima

Selain Syahrin, sudah banyak saya kenal lelaki lain sebelum dan selepasnya. Ramai di kalangan mereka tak dapat terima keadaan saya sebaik mereka sedar kecelaruan naluri ini. Ada yang jauhkan diri dan ada yang sempat mengherdik. Ada lagi sebahagian lain yang turutkan saja nafsu saya, tapi hanya sekali, kemudian pergi dan tak datang kembali. Sebahagian yang lain pula sanggup buat apa saja untuk memerah duit. 

Tapi dengan Syahrin, walaupun dia sebenarnya menolak, tolakannya penuh hemah. Pandai dia jaga perasaan dan hubungan. Ini yang membezakan Syahrin dari yang lain-lain.

Malam terakhir di Bangkok, seperti biasa saya tidur memeluk dia. Macam selalu, tak ada marah dari dia.  Termasuklah ketika saya sentuh barang paling sensitif di tubuhnya. Paling garang, dia hanya bersuara “Lek Lek, dah kenapa dengan kau ni?". Tapi dia masih biarkan tangan saya terus di situ. Membiarkan saya terus meneroka, membelai dan memicit. Kemudian dia hanya ketawa sambil bilang "gelilah".

Ketika saya bertindak masukkan tangan saya ke dalam seluarnya, barulah dia bertegas. “Cukup, Lek. Kita tak boleh buat macam ni”.

Keenganan Syahrin, mengecewakan. Padahal ketika kejadian semalam, dia yang minta. Tapi saya tetap berkeras. Konek Syahrin tetap saya usap dari luar. Makin lama ia makin kembang, tapi wajahnya berubah kelat. Matanya pejam. Beza jauh dari semalam. Tiba-tiba dia bangun, dan segera ke bilik air sambil bawa konek tegangnya yang kelihatan bergoyang-goyang dari luar. Lama sekali dia di situ. Tak tahu apa yang sedang dia lakukan. 

Malam ini adegan kami tidak hangat. Malah hanya bersulam emosi kesal. Saya kecewa kerana keengganan dia. Seperti ada rajuk, saya paling ke belakang menghadap dinding. Tiba-tiba Syahrin keluar, datang mendekat dan peluk saya perlahan-lahan. 

“Aku ni kawan kau, Lek. kalau baik, aku kata baik. Kalau buruk aku kata buruk, Aku mahu kita saling peduli, bukan saling membinasakan. Tak ada 'kan, kawan kau yang seperti aku?” Panjang sekali ceramah dia malam ini. Makan dalam kata-kata Syahrin itu. 

'Aku sayang dia, dan tak mahu dia lari. Aku takut kalau dia tinggalkan aku'. monolog seperti itu terlintas dalam kepasa saya hingga tertidur.

Pagi seperti biasa, Syahrin bangunkan saya dan ajak sembahyang subuh.  Tak banyak bicara. Saya masih tersentuh dengan kata-kata dia malam tadi. Habis sembahyang, saya cuba sambung tidur.

"Lek, apa kena kau ni?" tegur Syahrin, "janganlah sensitif sangat", sambung dia. Tiba-tiba, ada tangan menyentuh kemaluan saya. Ia membelai, memicit, meramas dan tarik hingga saya rasa sakit. Tapi saya biarkan saja, padahal dalam hati tak tahan nak ketawa. Sedap rasanya. Ini kali pertama Syahrin lakukan itu pada saya. Dan saya inginkan dia selesaikan tugasnya hingga saya berhadas besar. Semakin lama konek saya semakin menegang. Saya langsung ketawa. 

"Ha, boleh pun ketawa” usik Syahrin. “nah, pegang sendiri konek kau ni” Syahrin berhenti main batang saya sambil letak tangan saya ke situ. “Kau melancap saja lek, biar lega” Sambung Syahrin. Pagi itu, saya lancap untuk kali yang ke dua di depan matanya. Syahrin hanya tonton tanpa nafsu. Paling besar reaksinya hanya ketawa kecil. 

Air mani saya keluar juga pagi itu. Puas rasanya. Tapi kejadian ini beri pengajaran besar bahwa Syahrin bukan seperti yang saya sangka. Dia hanya menjaga hati kawannya yang saya yakin antara yang dia sayangi. 


Sebaik pulang dari Bangkok, Syahrin makin serius cerita tentang perempuan pada saya. Katanya sipolan sesuai untuk saya. sipolan suka saya, sipolan itu sipolan ini, sipolan miliki aset baik, jamban besar, lubang sempit dan segala sesuatu yang lebih banyak berbau lucah untuk tarik perhatian saya. Ironinya, dia sendiri belum ada seorang perempuan pun di hatinya. 

Rimas dengan perbualan yang segalanya tentang perempuan, akhirnya saya terus terang pada Syahrin bahwa saya tak ada naluri pada jantina lain selain lelaki. "aku tahu Lek" Jelas Syahrin. "Sejak hari pertama kau intai aku mandi pun aku sudah dapat rasa" Tambahnya. Tergamam. Saya jadi hairan kerana selama ini dia tak pernah tunjuk rasa curiga. 

"Kalau bukan sebab kita kawan, dah lama aku lari, Lek" Jelas Syahrin
"Kenapa kau tak lari?" Tanya saya.
"Sebab aku nak berkawan dengan orang yang banyak persamaan dengan aku" Tambah dia.
"Kita jauh beza Rin" Terang saya.

"Sejarah hidup kita sama, Lek, kesusahan kita sama, dan hobi kita pun sama, cuma mungkin nasib aku baik sedikit, Aku mungkin jadi seperti kau kalau aku ditempatmu. Sekarang, apa yang kau perlu hanya cuba berkawan rapat dengan mana-mana perempuan, supaya kau dapat kongsi emosi. Bila sudah ada emosi, barulah lahir rasa sayang dalam hati. Mungkin kau boleh cuba" Panjang syarahan Syahrin untuk saya sambil dia menepuk bahu. 

Kejadian Bangkok, benar-benar mengubah corak pesahabatan kami. Bermula lagi satu fasa baru dalam hubungan dengan Syahrin. Dia banyak ajar saya tentang perkara yang tidak pernah saya tahu selama ini. Ketika itu, baru saya sedar betapa banyak cara hidup lelaki yang telah saya tinggalkan. Pembinaan sifat kelakian saya terbantut secara batiniah, sebaliknya hanya berkembang secara lahiriah.

Mungkin saya hilang sifat itu ketika terkepung oleh adik-beradik perempuan. Mungkin saya hilang sifat itu sejak Samsurizan pergi, dan kini ada Syahrin datang membantu ketika usia saya bukan semuda rebung, tapi sudah jadi buluh. 

"Barangkali sudah sulit" keluh saya kepadanya.
"Takpe Lek. Kau boleh cuba" jelas Syahrin menyakinkan.

"Siapapun pilihan kau, aku setuju. Siapapun dirimu, kau tetap ada kawan seperti aku" Ini kata-kata Syahrin sebelum dia pindah kerja ke hujung utara negara, di perbatasan darat antara Thailand dan Malaysia.   

Jumaat, 5 Jun 2015

Keliru 2

Ketika saya ingin cuba sayangi seorang wanita yang dah ada di depan mata, Saya kenal seorang pelajar lelaki yang kebetulan sedang praktikal di tempat saya. Hairul Izwan namanya. Tak tahu kenapa muncul naluri aneh dalam diri saya bila ada dia. Komunikasi dengan dia amat menyenangkan. Saya makin rajin masuk kerja. Semangat saya datang pejabat mendadak luar biasa, padahal sebelum ini tak pernah rasa teruja begini.

Kebetulan, Hairul Izwan duduk dibawah seliaan saya. Setiap urusan dengannya saya permudahkan. Setiap kelemahan dia saya tutup mata. Tak sampai hati marah-marah. Hanya tegur saja, itupun dengan gaya ala-ala manja. Hampir enam bulan praktikal, sampai juga masanya untuk Hairul Izwan pergi. Ketika itu, saya sedaya upaya melobi orang atasan agar dia diserap jadi staf di tempat kami, Akhirnya Hairul Izwan ditawarkan jawatan. Rasanya sayalah antara manusia paling beruntung waktu itu. Cuma sayangnya Hairul Izwan ditempatkan di pejabat cawangan. Tak tahu macam mana nak saya gambarkan perasaan saya. Suka kerana kami tak jadi berpisah, tapi sedih kerana kami tak dapat lagi bersama.

Sejak Hairul Izwan ditempatkan ke pejabat cawangan, hubungan kami tidak seakrab dulu. Kami jarang jumpa, dan dia bukan lagi dibawah pengawasan saya. Apa boleh saya buat.  

Sebenarnya Hairul Izwan taklah setampan mana. Kalau dari pandangan mata, tak ada satu pun ciri fizikal yang membuat orang suka. Tapi baik sikapnya membuat ramai orang tertarik. Lebih lagi oleh saya. Sejak waktu dia praktikal saya dah dapat tangkap suatu yang istimewa dalam diri dia. Suatu yang saya ingat, Hairul Izwan sering merenung saya tanpa sebab. Ekor mata tak berkelip dan mukanya tak langsung berpaling bila saya balas pandangan dia. Hairul hanya senyum. Kerapnya dia memandang saya bagaikan ada sesuatu yang dia inginkan. 

Sejak kenal Hairul Izwan, wanita yang saya 'simpan' itu sudah perlahan-lahan terlupakan. Detik-detik bosan yang saya rasakan ketika bersama wanita itu sudah hilang. Saya lupa segalanya tentang dia. Setahun bersama, wanita itu tetap gagal menaikkan rasa cinta saya kepadanya. Padahal saya pernah simpan hasrat tamatkan zaman bujang dengan dia. Saya tak tahu apa ketentuan Tuhan kepada saya. Saya tak tahu siapakah jodoh saya. saya tertanya-tanya siapa jodoh saya nanti. Saya tak tahu kenapa hingga sudah setua ini saya masih tidak dikurniakan rasa cinta pada wanita. Saya selalu fikir adakah jika saya berkahwin saya boleh bina hidup dengan orang yang tak pernah saya sayangi? Akankah satu hari nanti timbul rasa cinta dalam diri saya pada wanita. Semua persoalan ini selalu terngiang-ngiang tanpa jawapan. Sejujurnya saya sudah lama sedih dengan diri saya sendiri.

Jika setahun lamanya saya tunggu cinta yang tak berputik terhadap wanita, dengan Hairul Izwan, tak sampai seminggu saya dah mula rasa berbunga-bunga. Tak tahu apa sebenarnya terjadi, tapi itulah yang terjadi. Saya tak minta muncul rasa sayang pada lelaki, tapi ia tetap datang sendiri. Inilah naluri aneh yang ada dalam diri saya tanpa siapapun tahu. Ia datang dengan orang yang sama jantina dengan saya. Serius saya tak mampu kawal. Ia bukan di tangan saya.

Setiap kali berpeluang jumpa Hairul Izwan, saya ingin selalu dekat dengan dia. Ingin bersentuh badan, merangkul bahu dan bersalaman. Kalau boleh tak mahu berenggang sedikit pun dari dia. Ada rasa selesa bila dia ada di dekat saya. Rasa itu tak tergambarkan. Saya tak tahu apakah dia juga rasa seperti itu, tapi saya yakin dia tahu saya suka kepadanya. Sikap saya yang dah nampak makin 'over' pun tak pernah buat dia ragu-ragu, padahal ada sesuatu yang sedang bergolak di dalam jiwa.

Kesempatan bersama Hairul Izwan untuk satu tempoh yang agak lama muncul juga. Satu hari, kami dipilih ikuti kursus tiga hari di luar kawasan, dan kebetulan kami ditempatkan sebilik. Saya anggap ini satu anugerah yang tak dijangka sama sekali. Ini suatu detik yang saya tunggu-tunggu.

Ketika tinggal sebilik bersama Hairul Izwan baru saya sedar, dia memang insan diciptakan Tuhan untuk menjaga hati manusia. Saya selalu ambil kesempatan peluk Hairul Izwan, tapi dia tak pernah marah. Malah reaksi dia seperti nampak selesa bila dipeluk. Begitu manjanya seperti anak kecil. Tapi ketaatan dia pada perintah agama membuat saya malu untuk berbuat lebih jauh dari itu. Sepanjang hari dia mengingatkan waktu sembahyang, dan mengajarkan sesuatu yang sebelumnya saya jahil. Sebenarnya ada keinginan terpendam yang meronta-ronta mahu dilepaskan, tapi sikap baik Hairul Izwan membuat saya tak sampai hati untuk mengkhianati keakraban ini.

Hingga kini, saya hanya berani anggap dia seperti adik. Takut untuk bertindak lebih jauh dari itu. Dia pun kelihatan selesa dengan keadaan seperti ini. Keakraban yang nyata, ditambah rasa sayang terungkapkan, tapi tak sampai ke tahap hubungan badan.

Jika inilah yang terbaik. saya redha. Biarlah kami kekal begini asalkan tidak hilang rasa sayang saya kepadanya. Selamat maju jaya Hairul Izwan (bukan nama sebenar) 

Keliru 1

Sesungguhnya susah saya nyatakan seperti apa naluri saya. Orang hanya pandai mengkritik kerana mereka tak alaminya sendiri. Siapa bilang saya tak ingin hidup sempura? ada isteri, anak dan keluarga? Tipulah kalau saya tak inginkan itu semua. Tapi bagaimana harus saya realisasikan keinginan itu? Hingga ke hari ini, saya masih belum temui penawar yang mujarab untuk saya ubati keganjilan ini. Biarlah saya terus-terang, sebenarnya dalam diri saya tidak wujud rasa cinta sama sekali pada wanita meski sudah sekian lama saya cuba, berbagai cara saya cipta. 

Saya tak minta jadi begini, dan saya juga tak tahu apa puncanya. Saya hanya bawa diri saya yang lemah ini, ke sana ke mari berbekal ilmu agama yang jauh masih kurang. Tak ada siapa pun tahu apa yang terjadi pada saya, kerana saya sendiri tidak tahu kenapa saya jadi begini. Saya lelaki, fizikal dan mental tak ada bezanya sebagaimana cara lelaki, tapi jauh di dalam hati ini, terselit satu naluri aneh yang tak biasa ada pada seorang lelaki. Aneh sekali, saya mudah jatuh sayang pada insan yang sama-sama lelaki. Padahal Allah sudah ciptakan manusia hidup berpasang-pasangan.

Jika lelaki lawannya wanita, kenapa saya tak miliki naluri itu? Kenapa hingga sudah sedewasa ini saya masih tidak miliki keinginan seperti itu? Kenapa kelelakian saya tidak disertakan dengan naluri lelaki? Kenapa saya mudah rasa sayang pada insan yang sama jantina? Sesungguhnya saya buntu. Mohon maaf kalau ada kata-kata saya ini yang menginggung sesiapa. Percayalah, berkat ilmu agama yang walaupun masih kurang itulah hingga kini saya kekal terperangkap, saya gagal jadi lelaki, tapi gagal juga jadi gay kerana kepatuhan pada agama yang masih tetap ada. Naluri saya songsang, tapi saya tak amalkan gaya hidup songsang. Hanya sebatas rasa cinta di minda, tapi tidak secara batiniah. Paling melampau, hanya sebatas berpeluk dan meraba tanpa disusuli hubungan tusuk menusuk. Berbahagialah anda jika dilahirkan normal, tapi mohon jangan caci insan seperti saya ini.

kini sudah setua ini, bersama hinaan dan desakan kuat agar saya segera berpasangan, hampir saja saya patuh pada desakan itu walau dengan paksa. Saya belajar dekatkan diri pada seorang gadis. Saya cuba yakinkan diri bahwa dia bakal saya sayangi satu hari nanti. Saya belajar bersabar meski sebenarnya sudah mulai bosan. Saya gagahkan diri ikut saja aktiviti normal sebagaimana pasangan lain meski tak terbit sedikitpun bunga-bunga cinta dalam diri saya, apa lagi ungkapkan kalimat 'aku cinta padamu'.

Perempuan itu sudah berani meluahkan, tapi saya tetap seperti tunggul kayu. Serius, dah hampir setahun berlalu, masih tak wujud rasa rindu bila tak bertemu. Dia makin lama makin berani mendesak agar segera melamar. Tapi saya tetap membisu. Saya takut akan membuat luka yang lebih besar satu hari nanti. Saya takut akan mengecewakan. Saya tak mahu berkahwin jika sekadar ingin menutup mulut orang. Hingga ke hari ini, saya tetap diam tanpa tindakan. Mengekalkan dia berteka-teki sendiri dengan harapan semoga dia bosan dan meninggalkan saya perlahan-lahan.

bersambung 

Selasa, 3 September 2013

Riwayat 9 - Sahabat Teragung (5)

Coretan ini ialah sebuah kisah yang pernah terjadi bertahun-tahun yang lalu, tentang kisah persahabatan paling agung antara saya dan Samsurizan (Izan) ketika zaman remaja hingga menginjak usia awal dewasa - sebelum terputus. Ia sebuah kisah persahabatan zaman sekolah menengah hingga berlanjutan ke pusat pengajian tinggi. Bunyinya mungkin biasa-biasa saja, tapi pengisiannya ialah sebuah kisah yang tak dapat saya lupakan hingga ke hari ini. Putusnya persahabatan ini ialah satu tragedi yang amat saya sesali, mungkin untuk seumur hidup. Mana tidak, Samsurizan ialah sahabat paling baik pernah saya miliki. Terlerai ikatan ini mungkin sudah ketentuan. Semakin usia meningkat dewasa, semakin jurang persahabatan kian jauh. Masing-masing mengikut nasib sendiri meski adakalanya cuba dipertahankan. Atau mungkinkah itu salah saya sendiri? 

Cerita bermula, sambungan dari episod terdahulu di bawah kategori Sejarah Hidup.

Persahabatan teragung dalam catatan hidup saya hanya bertahan 6 tahun, sebelum ia sedikit demi sedikit masuk ke detik sukar. Bibit perpisahan sudah terlihat ketika saya hampir tamatkan zaman sekolah. SPM yang bakal saya tempuh jadi penyebab keakraban kami jadi ranggang. Saya terlampau fokus pada jalan depan yang masih samar. Hingga saya tinggalkan kebiasaan sehari-hari kami. Ditambah tekanan yang datang dari keluarga yang sentiasa pantau pergerakan saya, membuat saya rasa terlalu berdosa. Saya seperti telah khianati janji-janji yang kami sepakati.

Kalau boleh mahu saja saya undurkan masa agar peristiwa itu boleh diulangi kembali. Malah kadang pernah saya fikir kenapa saya tidak dilahirkan seusia dengannya supaya kami boleh sama-sama lalui hidup ini. Tapi itu hanya mimpi. Percayalah, rasa sayang saya pada sahabat sepertinya takkan pernah mati walau apapun terjadi. Malah hingga ke detik ini.

Mendekati SPM, amali kimia, fizik dan biologi berlangsung setiap minggu. Masa terluang sudah tentu bukan waktu untuk kami lagi. Saya makin sering bunuh waktu bersama rakan-rakan seangkatan. Dan asyik merungkai muslihat matematik tambahan bersama rakan seusia. Sedangkan Samsurizan masih ada waktu terus bersenang dan habiskan petang di sawah seperti biasa. Semua ini benar-benar mematikan kebiasaan kami. Mujur kami masih ada waktu jalan beriringan ke sekolah. Hanya sebatas itu. Namun percayalah, jauh di sudut hati, saya mahu lebih dari itu. Cuma situasi tidak mengizinkan.

Setelah sekian tahun kisah itu terjadi, saya ke sawah semula. Ketika itu barulah terbit rasa sayu tatkala memandang sawah itu. Terimbau kisah lama. Tergambarkan semula dua anak remaja bermain berlari-lari di tengah sawah, bersilat gayong, bergurau-senda, kemudian salah seorang terjatuh dan mengeluh adoi, kemudian datang seorang lagi tunduk menyesali, bermohon maaf dan merawat sahabatnya hingga sembuh, pulih dan bermain kembali. Ah, sayangnya itu hanya bayangan lalu. Kini sebagaimana sawah itu sudah terabai, begitulah terabainya diri saya, hilang sahabat yang saya sanjungi hingga kini.

Menghadap sawah yang kontang itu, saya hanya mampu monolog sendiri. 'Samsurizan... masih ingatkah kau minggu akhir sesi persekolahan aku di sekolah kita? ketika aku dan semua pelajar Tingkatan 5 dirai?. Tentu kau tak akan lupa ketika aku sebut kau sebagai adikku pada majlis perpisahan itu. Masih segar dalam ingatan ku ketika kawan-kawan tiba-tiba bertanya; "Lek, sejak bila kau punya adik?", Lek, adik kaukah itu?" Lek, kirim salam pada adikmu", ...Lek ini, Lek itu, dan macam-macam pertanyaan lain yang terlontarkan. Paling bangga bila ramai yang kata wajah kita mirip'.

Masih saya ingat ketika saya dan Izan bertukar baju sekolah yang lengkap dengan tag nama dan lencananya. Baju sekolah yang masih lekat bau peluh Izan, saya saya pakai hingga sampai ke rumah, Dan tiba-tiba ibu marah "baju siapa pula yang kau pakai tu?" Baju itu bertahun-tahun saya simpan, sampai ia buruk sendiri. 

Assalam, sahabatku Samsurizan. Maafkan aku kerana tak dapat lagi bertemu mu selepas tamat SPM. Sebenarnya aku dihantar ayah ke Kota Bahru tanpa aku mahu. Tak ada kesempatan apapun yang aku peroleh untuk khabarkan pemergian ku ini. Aku tahu kau masih setia menunggu ku di sawah, dan lakukan kebiasaan kita seperti biasa. Aku sadar betapa kau kecewa, kerana aku juga merasakan seperti itu. 

Berulang kali saya baca catatan yang pernah saya tulis dalam nota kecil saya. Satu permohonan maaf yang tak terlauhkan. Hanya mampu diungkapkan pada secebis kertas.  

Sebaik pulang ke kampung dari Kota Bahru, cuti sekolah sudah berakhir. Namun tak ada ertinya lagi buat saya kerana kami tak lagi belajar di sekolah yang sama. Saya sedang tunggu keputusan SPM diumum. Sedangkan Izan masih ada dua tahun lagi di sekolah itu. Kini Izan naik Tingkatan 4. Sudah makin besar. Sudah makin dewasa. Ketika itu, saya rasa tak sabar bertemu dengannya hingga pernah saya cari alasan berjumpa cikgu untuk ke sekolah semula. Padahal saya hanya ingin lihat dia.

Sayang sekali, masa terlalu cemburukan persahabatan ini. Tiap apapun yang kami rangka ada saja hambatannya. Saya dapat rasakan usia persahabatan ini makin sampai ke hujungnya. Sejak tamat SPM, hanya sekali-sekala kami jumpa. 

Saya masih ingat saat Izan temani saya ke bandar Batu Pahat dulu. Waktu itu, dia tawarkan diri temani saya daftar Unit Pusat Universiti. Masih saya ingat kami tersalah naik bas, lalu terpaksa berhenti lama di perhentian bas di kampung yang entah di mana. Masih saya ingat ketika Izan tak dapat tahan kencing lalu terpaksa tunai hajat di semak belakang. Saya masih ingat kerana sayalah yang jadi dindingnya. Menghalang Izan dari dicurigai, dan dari dilihat orang kampung yang lalu-lalang ke sana ke mari. Masih saya ingat Izan terburu-buru sarung seluarnya semula. Semuanya masih saya ingat kerana kali ini saya lihat barang peribadi dia sudah beza saiznya. Tidak lagi bersaiz kecil seperti dulu. Tapi serius, saya tak teruja apa-apa. Sebaliknya hanya keinginan untuk lindungi aib dia. Kerana dia adalah Samsurizan. Kerana dia sahabat teragung saya.

Atas jerih payah ini, saya berjaya sambung pelajaran di sebuah universiti di utara. Terima kasih tak terhingga, adikku, sahabatku.

Tapi ketika di universiti, makin banyak aktiviti yang menyibukkan saya. Sampai saya lupa ada sahabat yang masih setia di kampung yang jauh di selatan sana. Bertemu rakan baru, berdepan cabaran baru, sedikit sebanyak merubah karekter saya. Dan saya mulai tahu, hidup di zaman kuliah jauh beza dari hidup di zaman sekolah. Saya kini lalui fasa baru. Bukan saja corak pembelajaran yang beza, waktu sanggangnya pun tak sama dengan waktu cuti sekolah biasa. Saya merasa setingkat lebih tinggi dari kawan-kawan di kampung. Saya leka dengan dunia baru ini, yang jauh lebih asyik dari zaman sekolah dulu. Atas kelekaan itu, saya dan Samsurizan makin tak ada waktu. Saya akui, ingatan terhadapnya perlahan-lahan menjauh. Hanya ketika pulang kampung baru terfikir untuk saya cari dia. Itupun tak selalunya dapat jumpa. Saya lebih senang sibukkan diriku dengan rakan-rakan baru, yang belajar di universiti yang sama, yang berasal dari daerah yang sama.  

Masa silih berganti. Ternyata Samsurizan masih setia anggap saya sahabatnya. Samsurizan serius mahu sambung belajar di universiti yang sama. Kini peluang kami untuk rapatkan ukhuwah, terhidang depan mata. Saya gembira atas pencapaian dia. Setelah dua tahun persahabatan kami beku, kini saya terbayang bahwa ia bakal cair semula. Saya percaya kami masih mampu jalan beriringan.

Sejak itu bermulalah fasa kedua persahabatan ini. Tapi di dunia yang beza. saya masih ingat betapa seringnya saya tinggal di asramanya bila malas pulang ke rumah sewa. Saya masih ingat di setiap hujung minggu Izan pula yang datang ke rumah sewa saya. Saya masih ingat kami berdua sanggup redah hujan hingga ke Stadium Kangar demi saksikan pasukan bola kesayangan negeri kita. Saya juga masih ingat kami sering pulang kampung berdua, dan kembali ke utara bersama-sama.

Saya juga masih ingat akan gurau-senda kami yang ada-kalanya nampak gila. Saya masih ingat kami sering ke Panggung Hijau-Kuning untuk tonton cerita-cerita dewasa. Saya juga masih ingat bila Izan terpaksa tidur di rumah saya. Dan sambung bergurau tarik tuala ketika mahu mandi, hingga keduanya tertanggal tanpa seurat benang dan menampakkan belalai bersilih ganti.

Sayangnya ketika Izan masih Tahun 1, saya sudah di Tahun 3. Tahun terakhir saya untuk timba segala ilmu yang ada di universiti ini. Singkat sekali masa yang ada untuk kami cipta kenangan baru kerana saya akan tamat belajar terlebih dulu. Sayang sekali.

Mungkin sudah ketentuan. Saya terputus total dengan Samsurizan ketika sambung Ijazah Pertama di universiti terkemuka di ibu negara. Di sana, sekali lagi saya leka dengan teman-teman yang baru. Makin lalai dengan dunia plastik yang kelihatan asyik dari jauh. Dan yang paling saya sesalkan, naluri terbalik yang dulu pernah ada dalam diri saya dulu sudah subur kembali. Saya terima sahabat-sahabat baru yang sebenarnya hanya seperti biskut. Sekejap datang dan sekejap pergi, dan berganti sahabat baru yang akan pergi juga nantinya. Padahal sudah ada sahabat lain yang jauh lebih setia, jauh lebih mulia. Saya tegar lacurkan setia persahabatan yang terpatri semula jadi. Sayang sekali persahabatan yang tak nampak akan lerai, kini terbubar. Samsurizan seolah sudah malas susuli jejak saya lantaran banyak masa senggang yang saya ada, saya sibukkan dengan alasan yang sengaja saya cipta. Kini baru saya tahu, ramai kenalan yang sebenarnya datang dan pergi. Satu prinsip sosial yang dulunya sukar saya percaya, baru kini saya sedar bahawa ia ada. Selagi ada bulan dan bumi, kawan tetap datang dan pergi. 

Samsurizan, aku tujukan warkah maya ini buatmu: Maafkan aku sahabat kerana leka dengan dunia baru yang pernah aku lalui dulu. Maafkan aku kerana tidak tumbuh jadi sahabat baik yang engkau harapkan. Maaf andai aku enggan berdepan denganmu kalau kita bertemu lagi, aku cuma rasa malu kerana aku bukan lagi Alek yang pernah kau kenal dulu. Aku semakin dekat dengan dunia songsang yang penuh hina ini. Suatu dunia yang paling engkau takuti. Tapi percayalah, rasa sayang pada sahabat sepertimu tetap ada kerana kaulah sahabat teragungku nombor satu.

Rabu, 12 Jun 2013

Riwayat 8 - Sahabat Teragung (4)

SAMSURIZAN. Nama itu terlalu sering bermain dibibir. Sosoknya masih aku ingat hingga kini, dan wajahnya selalu sering terbayang di mata. Dari semua hal itu, tentulah kenangan yang aku kutip bersamanya tetap segar dalam ingatan meski itu sudah 15 tahun berlalu.

Usia Samsurizan dua tahun lebih muda dariku. Saat pertama kali kenal dia, aku Tingkatan 4 dan dia di Tingkatan 2. Lucunya, kadang-kadang dia panggil aku abang. Kadang-kadang dia panggil aku Lek saja, nama panggilan di sekolah. 

Sejak berkenalan, kami sering pergi dan pulang sekolah bersama-sama. Jika ada yang lambat, salah seorang harus tunggu. Semuanya bagai sudah disepakati. Hingga hari ini, aku masih ingat tutur katanya. Antara yang masih terngiang-ngiang, dia sering lafazkan kata mutiara 'Tak Kenal Maka Tak Sayang, Tak Kasih Maka Tak Kawan, Bukan Cinta', Hebat bukan. Usianya baru 14 tahun, tapi sudah pandai menyusun kata. Akalnya tak tergambarkan di usia. Aku sendiri waktu itu belum pandai fikirkan begitu.

Antara lain yang masih aku ingat, dia sering beri teka-teki setiap kali kami jalan bersama. "Lek, apakah jawapannya kalau kita campurkan A dan kalikan dengan I?" Seharian di sekolah aku fikirkan soalan itu, namun masih gagal temui jawapan. Akhirnya waktu pulang dari sekolah dia berterus terang. "Campur A Kali I itu, jawapannya, taxi". Jelasnya. "Apa la, abang aku ni, soalan senang macam tu pun tak dapat jawab".

Dia juga selalu perli begini "teka-teki teka tekuk, ular mati takut sejuk, apakah itu ya sahabatku?". Inilah teka-teki paling poyo dari dia yang langsung akan buat aku ingin ketawa, sekaligus jadi merah muka. Dia sebenarnya cuba kaitkan teka-taki ini dengan titik pertama yang membuat kami saling kenal dan bersahabat sejauh ini. Ia tentang kisah aku ketika teduh hujan di pondok tepi sawah hujung tahun yang lalu, Ternyata dia masih ingat setiap momen yang kami lalui, meski saat itu kamu belum pernah saling kenal.

SAMSURIZAN. Sahabatku yang paling agung. Aku masih ingat pada satu hari ketika kita pulang dari sekolah. Waktu itu aku tak enak badan dan hilang mood untuk bertegur sapa. Kesihatanku terganggu. Lalu kau datang memelukku dari belakang, sandarkan kepalamu ke bahu, lalu jari-jarimu meneroka mukaku, menyentuh mataku, memegang bibirku, dan mengusap dahiku. Aku tahu itu tandanya sayang.

Tahukah kau Samsurizan, bagaimana seksanya aku ketika harus berehat dua minggu di rumah gara-gara demam cengkering. Dua minggu kita tak jumpa. Dua minggu kau pulang sekolah sendiri. Waktu itu, aku hanya dendangkan lagu tema pilihan kita, "gurisan hidup" dan "satu" sebagai penghibur suasana. Aku masih ingat, sembuh saja aku dari demam dan mula bersekolah, kaulah orang pertama aku ingin jumpa. Dan aku memelukmu penuh kasih. Tentu kau masih ingat semua itu.

Cuti penggal ialah hari yang paling kita tunggu. Inilah waktunya untuk kita bertemu di luar waktu persekolahan biasa. Lokasi kita ialah di sawah. Berkubang di tali air, mengejar ikan dan bermain hujan sampai kau kena marah dengan ayahmu. "Ayah kau baik 'kan, Lek" begitu katamu bila kau bandingkan ayahmu dengan ayahku. Ingat lagi tak Samsurizan? Kita tak pernah serik untuk terus berkubang di sawah. Dan kita ulangi perbuatan itu lagi dan lagi.

Tahukah kau Samsurizan, selama bersahabat denganmu, kau dah mengubah total sifat diriku. Aku lupa pada naluri songsang yang aku miliki. Aku terlupa pada kebiasaan onani. Aku lupa pada semua kebiasaan jahat yang pernah aku lakukan sebelum ini. Malah sewaktu bersamamu, tak terlintas langsung untuk aku berbuat semua itu. Bagiku, melakukan salah padamu umpama menyakiti diriku sendiri. Perasaan sayang ini jauh lebih kuat dari mencari kenikmataan sesaat. 

Samsurizan, bukan kita tak pernah mandi telanjang di tali air di hujung sawah bersama-sama. tapi tak pernah aku rasai keanehan apa-apa. Malah kita saling bantu jaga aib satu sama lain sampai kita yakini kau dan aku adalah satu. Tidak ada kau, tidak ada aku. Kita bagaikan isi dengan kuku. Aku masih ingat kata-kata mu, "kau adalah cerminan hidupku". Aku masih ingat semua ini. 

SAMSURIZAN, kenangan jalani setiap detik bersamamu terlalu banyak melebihi apa yang mampu aku tuliskan di sini. Saat ini, aku hanya harap kau sihat dan berbahagia tak kira walau di mana kau berada. Aku sayang padamu sahabatku. Samsurizan, kau sahabat teragungku nombor satu, di seluruh isi alam, dunia dan akhirat. Aku tak temui siapapun sahabat sebaikmu selapas dari ini. Hingga ke detik ini. :-( 

Selasa, 11 Jun 2013

Riwayat 7 - Sahabat Teragung (3)

Temasya sukan tahunan sudah berlalu, tak ada lagi aktiviti luar yang boleh aku harapkan untuk kembalikan kejadian seperti hari itu. Kejadian di mana buat pertama kalinya komunikasi aku dengan budak lelaki itu berlaku. Kini pembelajaran dimulai lagi tanpa kendala bererti. Aku mungkin tak perlu lagi berharap temui 'sahabat' yang aku ingini itu. 'Sahabat' yang kali pertama aku lihat ketika di sawah pada cuti hujung tahun yang lalu.

Sebenarnya sesi persekolahan masih muda. Aku masih di Tingkatan 4. Masih banyak masa untuk terlalu memikirkan SPM. Bagaimanapun tetap juga ada ujian penggal yang harus dijalani. Aku akui bahawa aku harus melupai hasrat yang mungkin takkan tercapai. Hasrat bersahabat dengan remaja itu, mungkin hanya angan-angan yang tak berdasar. Tak ada apa lagi yang memungkinkan keajaiban itu terjadi. Kini, aku harus kembali belajar seperti dulu. Belajar dengan rakan sekelas dan berdiskusi hal-hal remaja yang sesuai dengan tingkat perkembangan minda kami. Hal-hal rakan sebaya. 

Di sekolah ini, aku ada enam sekawan. Namun aku lebih rapat dengan Suhail kerana jarak rumah kami yang lebih hampir. Apalagi kerana kami tinggal di jalur jalanraya yang sama. Jadi kami sering pulang berdua. Tapi tengahari itu, aku pulang sendiri. Suhail ada mesyuarat persatuan. Jadi aku pilih balik awal. Malas pusing-pusang di pekan sendirian. Aku pulang naik bas sekolah, lebih cepat sampai, dan percuma lagi.

Dalam bas, aku pilih tempat duduk paling tepi di bahagian tengah badan bas. Seperti biasa, bas sekolah yang tak kenakan biaya ini bergerak bersama muatan yang lebih had. Tapi pada hari ini, di dalam muatan yang sendat itu ada dia. Tanpa di sangka, remaja lelaki yang sangat ingin aku kenali itu ada di depan mata. Remaja yang dulu aku temui di sawah, kini ada dalam satu bas yang sama. Ya Allah, terima kasih kerana makbulkan hasratku.

Dengan rasa berbunga-bunga, aku pandang dia. Aku mahu dia tahu kalau aku ada di dekat dia. Syukur pada Tuhan, dia sedar, dan tiba-tiba dia senyum. Tapi pandangan matanya dia buang jauh ke luar. Aku tak mahu terlalu berharap. Barangkali dia senyum akan hal-hal luar yang sedang bermain di mindanya. Aku berhenti berharap. Tak mahu cepat-cepat perasan kalau senyuman manis itu untuk aku. itu mungkin itu hanya perasaan sendiri.

Sesi senyum pandang bermula lagi. Mata aku yang tadinya melihat keluar, aku halakan ke arahnya. Dan dia tersedar lagi, lalu tersenyum semula. Tapi pandangan matanya pantas dialih keluar. Hairan budak ini. Dia buat aku penasaran.

Buat ke sekian kalinya aku lihat dia lagi. Dan dia tersenyum lagi. Aku mengalah juga kerana tak tahan mengawal bibir dari mengukir senyum,  Lalu senyumku yang paling mahal itu pun pecah jua. Kerana aku tahu dia juga melihat aku.

Sedang kami berbalas senyum, bas berhenti betul-betul di kampung pertama, Kampung Haji Salim. Aku ingat, aku pernah lihat bahwa dia pernah tunggu bas di kampung ini. Bererti ini kampung dia. Tapi dia tak turun. Dia masih duduk di bangku yang sama dalam bas ini. Tak berganjak sedikitpun dari tempatnya. Hairan lagi. Aku semakin penasaran. Dalam hati bertanya 'kenapa dia tak turun di situ?'  Dia tetap senyum seperti tadi.

Bas bergerak semula. Kali ini dia bangun, berjalan ke belakang lalu dia duduk betul-betul di sisiku. Kini dia di sebelah, dan nyata ada di depan mata. Berbunga rasa hati. Alam ini seperti jadi milikku. Hasratku termakbul.

"Kenapa tak turun tadi?" aku mulakan bicara. Dia diam. Hanya ada senyum yang terukir. Dunia serasa mati. Beberapa suara sumbang remaja nakal yang tak henti memekak mencacatkan suasana. Bas terus laju menuju kampung-kampung seterusnya.

"Aku nak ikut kau balik, boleh?" tiba-tiba dia bersuara."Oh...?," aku tergamam. Tak mampu teruskan kata-kata. Hati jadi kembang dan tak semena-mena berdebar. Sempat aku lihat tag nama pada bajunya. Di situ tertulis "SAMSURIZAN".

"Kenapa tadi kau tengok aku?" tanya Samsurizan. Aku terdiam lama. Tak tahu harus balas apa pada soalan yang seperti satu temparan padu. "Kau pula, kenapa tengok aku?"  tanyaku mengalih soalan. "Sebab aku memang cari kau" balas Samsurizan jujur. Aku terdiam lagi. Terkelu lidah sebaik mendengar jawapan paling ikhlas dari seseorang yang baru berusia awal remaja.

"Aku pun cari kau"  balasku, mengulangi jawapan Samsurizan. Aku makin berani bersuara demi melihat dia yang tak sedikitpun berselindung. Hebatnya aturan Tuhan, Dia memang mengerti keinginan dua insan yang benar-benar ingin bersahabat. Suasana mati lagi. Kelu lidah ini, tak tahu apa yang nak dibicarakan.

"Samsurizan!, pertama kali aku panggil nama itu. "kampung aku dah sampai, jadi aku turun di sini" sambungku lagi. "Ok, aku pun turun sini". jawab dia selamba. Kelam-kabut aku dengar jawapan itu. Tak tahu mana nak ku bawa dia nanti. "Tak usah risau, aku hanya temankan kau sampai sini". Jelas Samsurizan. "nanti aku naik bas lagi sampai Kampung Haji Salim" sambung dia.

Tengahari itu, buat pertami kalinya, dan pada komunikasi perdana kami, Samsurizan berani temaniku hingga ke depan kampung. Tak terbayang bagaimana semua ini boleh berlaku.

Sampai hari ini, tak hilang momen indah itu

"Perempuan itu adik kau, bukan?" tiba-tiba dia bersuara. Rupanya dia lebih kenal latar diriku. Sudah banyak info tentang aku yang dia cari. "Adik kau tingkatan 2 Gemilang, kan?" ujurya lagi. Kagumnya aku. Entah bagaimana dia tahu semua ini.

Aliza, adik perempuanku itu tak tangguh-tangguh berjalan pulang. Aku tak turuti langkah dia. Ada rasa takut dan malu dalam diriku kalau Aliza melihat, Aku takut fikirkan yang bukan-bukan tentang pandangan orang. Namun ada juga rasa bangga. Aku kini miliki sahabat yang aku kira cukup sempurna. Sahabat yang memang aku cari berbulan lamanya.

Lama juga tunggu di pinggir jalan, di perhentian bas di depan kampungku, untuk bantu Samsurizan tunggu bas. Aku tak terfikir mahu bawa pulang dia ke rumah. Takut kena marah. Tiba-tiba di bersuara "Abang, bas dah sampai". teriak Samsurizan. Dia panggil aku abang. Pertama kalinya seumur hidupku ada yang panggil aku abang. Adik aku pun tak pernah panggil aku abang.

"Bang, bas dah sampai" Sambung dia ketika aku masih kaget dengar panggilan keramat itu."Oke-oke, nanti kita jumpa lagi"  balasku laju. Terkejut dengar ulangan dia kali yang kedua. Cepat rasanya masa berlalu. Sahabat yang susah payah aku cari ini sudah mahu pergi. Sebagai tanda penghormatan, aku ucapkan kata-kata ini, 'hati-hati di jalanan duhai adikku', tapi ucapan itu hanya mampu ku lontar dalam hati, tak berani lafazkan dengan nyata kerana aku belum yakin pada diri sendiri.

Kini aku kenal dia. Hari ini, detik ini dan tempat ini, telah jadi saksi bisu bagaimana mulanya persahabatan paling suci pernah aku jalani. Sahabat pertama yang paling aku sayangi. Sahabat pertama yang paling aku hormati dan dialah sahabat paling agung yang pernah aku miliki. Semoga saat ini Samsurizan bahagia di mana pun dia berada.