Isnin, 8 Oktober 2012

My Best Friend - Syahrin (2)

Ada tanda positif ditunjukkan oleh Syahrin, sahabat yang aku ceritakan pada entri yang lalu. Sejak kami bersarapan bersama pada satu pagi hari sabtu, dia nampak 'teruja' berkawan dengan aku. Komunikasi kami berjalan rancak bagaikan ada ikatan sudah terjalin sejak sekian lama. Padahal sebenarnya inilah sesi suaikenal kami yang pertama.

Persepsi pertama yang aku dapat, Ya Tuhan, Syahrin sungguh sempurna di mataku. Mukanya hensem, kulitnya hitam manis dan berkumis tipis. Bibirnya manis dan sentiasa seperti mengukir senyum biarpun pada situasi normal. Cantik sekali, dan sangat memanggil untuk dikucup. Tuturnya lembut dan dialek Kelantannya tidak berbunyi sedikitpun. Paling menarik perhatian, tubuhnya kecil saja, sesuai dengan 'keinginan' yang selama ini aku pendam dalam hati. Kadang-kadang aku seperti rasa bahwa Syahrin juga suka padaku. Dari reaksinya yang sentiasa lebihkan aku dari rakan serumah yang lain, aku yakin pada pandangan itu. Tapi aku tak tahu suka yang bagaimana. Ini jadi satu hipotesis yang akan aku selidik. 

Sejak sesi 'suaikenal' itu, Syahrin semakin kelihatan mahu mendekat. Tiap malam dia tunggu aku balik kerja untuk makan bersama. Dan sudah semestinya aku juga tunggu dia bila aku yang balik kerja lebih dulu dari dia. Syahrin makin jarang tunggu Hamka, kawannya yang masuk pada hari yang sama dengannya ketika mula-mula menyewa rumah ini. Cuma, yang aku tak gemar, dia tetap pelawa Hamka bila terserempak Hamka di mana-mana, Padahal aku sebenarnya lebih suka kalau kami saja berdua.

Tiap hari ada saja cerita baru yang kami bualkan, dia tak pernah bosan, malah makin tunjukkan minat dan mahu makin dekat. Ya Tuhan, berbunga-bunga hati ini setiap kali ada dekat dengannya. Malah kadang-kadang batang pelir aku tegang sendiri bila dia merangkul bahu. Lebih aku teruja bila dengan selamba dia terangkan pada Hamka, "Lek ni, kawan baik aku". Tuhan, sesungguhnya aku sayangkan Syahrin.

Semakin mengenali Syahrin, semakin sedar aku bahawa kami ada minat gila yang sama. Dia jika inginkan sesuatu, sanggup lakukan apa saja meski di mata orang lain mungkin nampak gila. Katanya, sejak kecil dia ingin lihat Pantai Port Dickson, kerana keinginan yang kuat itu, dia pergi seorang sendiri naik bas sewaktu sedang belajar di UTM, Skudai dulu. Sebaik sampai di sana, dia hanya jalan kaki dari bandar PD ke pantai terdekat dan mundar-mandir sendirian seperti orang gila. Begitu katanya. Kemudian balik lagi ke Skudai 4 - 5 jam selepas itu.

Begitulah juga diri aku. Cerita Syahrin ini sama seperti pengalaman aku ketika seorang diri ke sebuah bandar di utara satu masa dulu. Tak usahlah aku ceritakan bagaimana kisahnya. Cuma apa yang dapat aku katakan, kisah gila kami ini membuat hubungan kami makin erat seperti takkan terpisahkan oleh apapun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan