Jumaat, 28 Oktober 2016

Aku Tak Tegar, Kerana itu Aku Jauhkan Diri.

Bulan Ramadhan tahun lalu, syarikat tempat aku kerja terima seorang pelajar praktikal dari sebuah universiti terkemuka dari utara. Aku kenalkan, namanya Amar (bukan nama sebenar). Memandangkan di pejabat kami, hanya aku yang belum berkahwin, Amar sering cuba dekati aku untuk berkawan. Tapi aku sengaja jauhkan diri kerana tahu aku tidak boleh terlalu rapat dengan kawan lelaki. Aku takut aku ulangi tabiat buruk yang lama, Jadi kehadiran Amar tak bawa apa-apa makna buat aku pada mulanya. Aku sering mengelak. 

Tapi Amar tak pernah berhenti berusaha. Dia selalu ajak aku makan waktu rehat, ajak berbual, dan sanggup balik lebih lambat semata-mata untuk dapat mendekati aku. Akhirnya aku kalah. Aku gagal untuk terus 'sombong' apalagi bila Amar mengaku tinggal satu kawasan perumahan yang sama. Mengetahui kami berjiran, aku langsung buka hati, terima dia perlahan-lahan. Dari situ aku terima 'kawan' baru. Sebulan masanya untuk aku bersahabat dengannya

Semakin kenal Amar, semakin aku sedar kalau dia seorang muslim yang sangat baik. Malah sangat warak dan arif dalam hal ehwal agama. Mulutnya tak lepas mengaji di waktu senggang. Setiap waktu solat, tak pernah dia lewatkan. Malah sentiasa mengingatkan aku untuk terus dekatkan diri kepada Tuhan. Kerana Islaminya Amar, aku terus terang bertanya kenapa aku yang dia dekati, padahal aku ini jahil agama dan boleh dibilang jahat. "tak apa" jawab dia. "saya akan bantu abang dekatkan diri dengan syurga" Sambung Amar menyakinkan. Amar panggil aku abang kerana umur kami jauh beza.

Sejak dari itu, Amar selalu datang ke rumah aku. Setiap kali datang, Amar bawa makanan untuk kami makan bersama. Kemudian dia akan mengimamkan solat kami. Aktiviti ini jadi rutin hampir setiap hari. Kini kami sudah semakin rapat, malah rakan sepejabat mulai sedar kedekatan kami. Aku dan Amar mulai di'cap' adik-beradik. Dan aku memang suka diusik begitu. Perlahan-lahan aku sedar, aku sudah mulai sayang Amar. Tak tahu apakah dia juga rasakan hal yang sama. Tapi aku pasti itu ada kerana Amar kelihatan tak mampu jauh dari aku.

Rutin harianku berubah total. Aku dan Amar dari sehari ke sehari jalan bersama. Aktiviti hujung minggu aku yang dulunya bersama teman 'bujang tua'. Sudah aku gantikan dengan menemani Amar ke mana saja yang dia inginkan, sampai aku diejek 'membela anak ikan' oleh kawan-kawan aku yang nakal itu. Tapi memang tak aku nafikan ia mendekati 'arah itu' walaupun aku sedaya upaya mengelak itu terjadi.

Amar ada hobi memancing, dan teroka alam yang tak lepas dari berkaitan air. Dia obses lihat ikan laut dan darat. Jadi aku sering ikut dia memancing, berkelah di air terjun, berjalan ke pantai terdekat dan habiskan petang lihat matahari terbenam di tasik tadahan. Dan... tidak seperti orang lain yang selalu pulang jauh malam tanpa diisi ibadah sembahyang, Amar ajak aku ke semua tempat itu jauh lebih lama. Kami sampai menginap sehari semalam dengan makan tidur solat semuanya disitu. Ini suatu hal yang baru bagi aku.

Apa yang sentiasa buat aku hormat pada Amar, dia sentiasa akan segerakan solat tak kira di mana, hatta di tepi sungai, di tepi tangga, di tepi jalan dan di mana saja asal sampai waktunya. Kami solat beralaskan hanya tanah yang dilapik dengan sapu-tangan di bahagian muka ketika sujud. "tempat ini kelihatan kotor, tapi ia suci". Kata Amar. Solat di atas tanah dengan hanya beralas di muka memang aneh pada orang lain, tapi beginilah Amar. Dia selalu jaga hubungan dengan Tuhan melebihi dari yang lain-lain. Aku sentiasa ingat kata-kata dia, "saya akan bawa abang mendekati syurga".

Hujung tahun, Amar ajak aku balik ke kampungnya di utara. Kampung dia sangat hampir dengan sempadan Thailand. Buat dia, aku sanggup bawa kereta sejauh itu walau sudah malam hari. Dan kami tiba di sana hampir dinihari. Sampai di sana, Amar bawa menginap di rumah keluarganya yang sudah ditinggalkan kosong. Keluarganya sudah pindah ke negeri lain tanpa dijual rumah ini kerana ia sudah diwariskan kepada Amar.

Malam itu (dinihari sebetulnya), buat kali pertama aku tidur bersama Amar. Itu memang suatu hal yang sangat aku takuti, kerana aku bimbang dengan imanku sendiri, lebih-lebih lagi kerana kami tidur di atas satu katil yang sama.  Malam itu buat pertama kalinya aku sedar Amar sangat sayang pada aku walau tidak diluahkan. "Abang ini ialah abang buat saya" ucap dia sambil tangannya mencubit mukaku. Kata-kata ini sudah cukup menerangkan perasaan Amar. Aku tahu Amar jujur menyayangi, tapi aku yang sudah tak keruan. Kemaluan aku mengeras dengan sendiri. 

Bagaimana harus aku lalui hari-hari seterusnya jika begini, padahal aku sudah nekad mahu tinggalkan diriku yang lama? Aku tak mahu 'rosakkan' dia yang begitu suci.

Sejak hari itu, Amar rasa biasa sentuh muka, sentuh rambut, sentuh perut dan segalanya yang tak membatalkan wuduk dari tubuhku. Amar tidak takut langsung kerana dia sedar aku boleh menerimanya. Malah setiap makanan aku yang tersisa, dia sanggup habisi tanpa rasa geli. Tapi, setiap tingkahnya semakin menghanyutkan aku, semakin menbawa aku ke tabiat lama. Aku semakin sayang pada Amar, sayang yang baik antara dua orang sahabat, antara abang dan adik. Tapi aku takut pada diriku sendiri. 

Tak lama selepas itu, atas segala kebaikan (dan kebahagian) yang dia berikan untukku, aku hadiahkan dia satu tiket ke Indonesia buat kami berdua. Aku mulai sedar, kedekatan aku kepadanya mula berubah dari sekadar hubungan abang-adik, kepada sesuatu hubungan yang sudah nampak luar biasa. Aku entah dengan niat atau tidak, akan pastikan bilik hotel yang kami inap, sediakan katil queen size supaya dapat tidur bersentuh badan dengan dia. Tapi aku yakin dia masih tak sedar siapa aku sebenarnya. Macam biasa, Amar selalu pegang rambut, pegang pipi, pegang perut dan segala yang lain. Aku sudah sangat terangsang tanpa pengetahuan dia. Kadang-kadang aku tertanya sendiri apakah dia tidak rasa apa yang aku rasa. Tapi aku tak tahu bagaimana caranya mahu bertanya. 

Gelora nafsu aku terhadap Amar tidak terbendung. Aku suka curi pandang lihat celah kelengkangnya. Lihat bentuk yang berbekas di balik seluar yang dia pakai. Aku berjaga jauh larut malam semata-mata ingin pastikan apakah kemaluan dia mengeras saat tidur.  Aku cium rambut dan kepalanya waktu dia tidur untuk meredakan tekanan nafsuku. Tapi gagal, malah saat aku memakmumkan solatnya pun kemaluan aku mengeras dengan sendiri. Minda aku telah teracuni oleh semua hal berbau nafsu dalam semua situasi selama tiga hari di Indonesia.

Hari terakhir di bilik hotel, aku minta izin untuk peluk Amar sebelum tidur. Baru ada nada mengelak dari dia. "abang ini gay kah?" tanya dia. Tapi aku tak peduli. Amar terus aku peluk dengan sangat lembut hingga dia selesa. Tapi aku masih pandai jaga iman agar tak terjadi hal yang aku sendiri tidak ingini. Aku hanya ingin lahirkan rasa sayang. Aku tanamkan kata-kata itu dalam hati, walaupun sepertinya aku bohong pada diri sendiri.. 

Pagi esoknya sebaik bangun tidur, tanpa aku sangka Amar pula yang minta izin memeluk aku. Aku sangat yakin Amar nikmati kehangatan pelukan aku malam tadi. Aku yakin Amar juga ingin lahirkan rasa sayang dia terhadap aku. Sudah tentu aku bahagia, bersama dengan suatu rasa luar biasa yang sedang bergelora. Kemaluan aku sudah tegang dan melelehkan cairan jernih yang membasahi seluar. Ada sesuatu yang bergerak-gerat semuak meronta dari dalam. Kesan basah mengilat sudah terkesan dari luar. Amar mulai sedar.  Dia lihat semua gelora nafsuku.

Sepantas itu Amar lepaskan pelukan. Dia tak bersuara. Aku tertanya-tanya apakah Amar normal, atau dia juga suka sesama lelaki seperti aku?. Atau dia sekadar peluk aku kerana sayang? Sebaik lepaskan pelukan, Amar minta izin untuk mandi. Aku mula terfikir mungkin Amar juga terangsang saat dia peluk aku sebentar tadi. Aku berimaginasi bahwa Amar mungkin melancap sekali bagi meredakan gelora nafsu yang juga terbangkit. Ketika Amar mandi, aku ambil peluang lihat seluar dalam yang dia pakai. Aku selidik kalau-kalau ada cairan mazi meleleh membasahi seluarnya. Tapi memang ternyata tak ada. Kemudian aku cari jalan untuk intai Amar di bilik air. Ternyata juga Amar tidak Melancap. Amar mandi biasa. Cuma inilah pertama kalinya aku lihat kemaluan Amar yang indah itu dalam samar cahaya. 

Sayangnya aku kantoi. Aku tak sempat turun dari kerusi yang aku guna untuk panjat. Amar buka pintu bilik air lebih cepat sebelum aku sempat turun. "abang intai saya mandi kah?" Sergah amar. Aku hanya diam. Tapi Amar tak pula marah-marah. Hanya selepas itu dia mula jaga-jaga. Amar mula mandi dengan pakai seluar dalam sebagai kain basahan untuk hari-hari seterusnya.

Percutian ke Indonesia berakhir tanpa hal yang tidak aku ingini. Ini percutian yang sangat indah bagiku kerana aku dan Amar mampu lalui hari-hari berdua tanpa musibah menimpa.

Selepas balik semula ke Malaysia, Aku semakin tak mampu kawal diri. Suara jahat sentiasa terlalu kuat menyuruhku lakukan kejahatan. Tapi itu tak pernah disedari Amar. Setiap kali ketika Amar datang ke rumah, Aku sudah berani hanya bertuala. Amar masih tak pernah peduli. Malah aku berani pula tunjuk kemaluanku sendiri di depan dia. Dan sebaik lihat sesuatu yang begitu privasi dari tubuhku itu, Amar mulai beri reaksi yang sungguh di luar jangkaan.

Sebaik itu juga tanpa disangka, Amar pegang kemaluanku yang sengaja aku dedahkan di depan dia. Ada reaksi takut-takut dari dia. Ada reaksi malu tapi mahu. Mujur suara hatiku yang baik cepat memujuk agar tidak teruskan kejahatan pada Amar. Aku hanya senyum dan segera sarung seluar. Aku tak sanggup teruskan permainan. Aku tak sanggup racuni adik kesayanganku yang terlalu suci itu. Suara hati yang baik itu menang pada situasi yang sudah terlalu genting. Aku sedar kesalahan diriku pada waktu itu juga. Aku kembali mengenakan pakaian yang lebih sopan. 

Tapi detik malam itu bagaikan detik permulaan pangakhiran hubungan kami. Amar seperti rasa malu sendiri. Dan aku nekad tidak akan racuni dia mendekati dunia songsang yang selama ini aku lalui. Mulai detik itu, aku cuba jauhkan diri dari Amar walaupun sebenarnya aku tak kuat. Aku nangis sendiri. Aku juga yakin Amar juga nangis sendiri. Setiap kali Amar mahu datang rumah, aku sengaja beri alasan sudah keluar, kerana aku takut langgar janji "tidak akan apa-apakan dia. Ya, aaku mampu jauhkan diri pada Amar, tapi aku tangisi keputusanku itu berhari-hari. 

Kini, Amar sudah habis akhirnya praktikal, dan dapat kerja tetap di sebuah agensi kerajaan di selatan tanahair. Walau sebenarnya aku sangat rindukan dia, tapi dia seperti sudah mula tawar rasa terhadap aku. Anggapan aku adalah 'abang' untuknya, sudah hilang. Amar sudah betul-betul mampu lupakan aku.

Tak tahu apakah aku harus terus jauhkan diri, atau memilih menjalinkan semula hubungan ini. Aku hanya mampu berdoa semoga aku jadi lelaki normal agar aku dapat jalinkan semula hubungan adik-abang dengan Amar yang sesungguhnya. Aku masih menyayangi Amar sesungguhnya.

Amar, bukan nama sebenar.