Selasa, 9 Oktober 2012

My Best Friend - Syahrin (3)

Sebagai manusia biasa, Syahrin juga ada rasa marah dan cemburu. Ini satu sifat yang dapat aku lihat pada sahabat yang aku anggap antara terbaik pernah aku miliki. Anehnya, dan antara perkara yang membuat aku tambah sayang pada dia, Syahrin cemburukan aku, kawannya yang juga sama-sama lelaki sepertinya. Sifatnya seperti itu membuat aku kadang terfikir barangkali Syahrin juga mendambakan belaian sesama jantina sama seperti aku juga. Tapi itu hanya andaian, aku belum kenal dia seperti apa. Ini satu lagi hipotesis yang perlu aku buktikan.

Ini serius bukan bukan satu rekaan. Syahrin cemburu bila aku sibuk dengan urusanku sendiri. Lebih manis lagi, Syahrin cemburu bila aku melebihkan teman-teman serumah yang lain selain dia. Wajah Syahrin tidak seperti selalu bila dia sedang cemburu. Aku sangat sadar akan hal ini. Aku anggap ini sebagai satu tanda sayang dari seorang sahabat. Sahabatkah? atau...?

Adanya Syahrin, aku ada tempat untuk aku sandarkan bahu. Dengan Syahrin, aku ada tempat kongsi rahsia. Pada ketika semua itu aku lakukan, Syahrin pandai menenangkan. Dia memeluk, merangkul bahu, menepuk dada. Tapi kadang-kadang Syahrin belasah aku bila kami bergurau senda. Kesakitan yang aku alami, jadi tanda persahabatan.

Cuma ada satu hal yang membuat kami beza. Syahrin sukakan bolasepak dan futsal. Sukan yang membuat aku terpaksa terang-terang mengaku kalau aku kaki bangku. Dan seperti sudah aku duga, Syahrin menerima kelemahan aku sebagai satu hal yang biasa. Tidak ada ejekan. Dan aku tak ditertawakan. Untuk hal berkaitan sukan, aku tak campuri urusan dia kerana aku harus mengaku kelemahan diri.

Satu ketika, sewaktu di negara kita muncul sistem penerbangan murah, kami berdua antara yang awal mencubanya. ketika itu, kami ambil penerbangan percubaan Kuala Lumpur - Pulau Pinang pada harga RM '0' sehala. Inilah detik pertama catatan perjalanan kami berdua bermula. Dan perjalanan ini memulai babak baru kisah persahabatan aku dan Syahrin.

Di Pulau Pinang, kami nginap di hotel bajet paling murah yang ditawarkan di sana. Bilik yang sesuai untuk seorang, kami kongsi berdua, Katil yang muat untuk seorang, kami kongsi berdua, tuala yang disediakan untuk seorang, kami gilir pakai berdua. Pokoknya kami kongsikan semuanya berdua.

Ketika mengetahui kami akan tidur berhimpitan di atas satu katil bujang yang sama, ada rasa bimbang dalam diri ini. Bukan aku takut, tapi kerana ada debar yang sudah menyerang jantungku. Makin aku fikir akan tidur sebantal dengan dia, makin kencang degupannya. Seriuskan aku akan seranjang dengan orang yang memang aku ingini?.

Ketika 'malam pertama' itu terjadi, Syahrin sendiri yang dengan beraninya buka bicara dan menenangkan "rileks la kawan, jom tidur sini, kita bukan orang lain".

Sesungguhnya ketika itu aku tak tahu harus berkata apa. Di depan mataku sudah berdiri seorang insan yang sudah mula aku 'cintai'. Padahal aku sendiri belum mampu buktikan secara pasti bahawa Syahrin ini seperti apa, Mungkinkah dia dambakan apa yang aku impikan selama ini, atau apakah dia benar-benar menganggap aku sahabat terbaik dia di dunia dan akhirat hingga sanggup berbuat apa saja hatta berkongsi sesuatu yang terlalu peribadi? Semoga semuanya akan terjawab malam ini juga.

Malam itu kami tidur bersentuh badan buat pertama kali dalam sejarah hubungan kami. Rahsianya, aku tak tidur pun sebenarnya malam itu. Aku berdebar, aku takut, teringin, naik syahwat dan teruja. Segala perasaan jadi satu. Di sebelah aku ialah Syahrin yang sudah lelap tak ingat apa. Ada dengkuran kecil manja dari nafasnya. Tidurnya tertib, cuma kadang-kadang pahanya menindih badanku. Aku dapat rasa suatu yang lembut di kelengkangnya. Mahu saja aku ramas sampai ia bangun dan keras. Tapi aku masih takut. Aku masih tidak tahu Syahrin ini orang yang bagaimana.

Malam itu, dengan nafsu yang terkawal, aku beranikan diri memeluk Syahrin sambil aku rapatkan kemaluan aku yang sudah basah separa tegang itu ke tubuhnya sebelum mataku terlelap. Besoknya, aku dikejutkan dari tidur dengan penuh sopan agar bangun sembahyang subuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan