Keputusan PMR sudah diumum. Syukur, aku dapat keputusan yang baik. Meski tak cemerlang di peringkat sekolah, tapi tetap lebih baik dari keputusan kakak dan abangku yang lebih atas. Malah, pencapaian ini jauh meninggalkan kedua sepupuku, Amat dan Ali. Aku terus melangkah ke tingkatan 4 dalam kelas yang pertama terbaik di sekolah ini. Tingkatan 4 Amanah.
Pada sesi persekolahan tahun ini, ayah terima bantuan dari seorang rakannya, seorang pemandu bas sekolah. Aku tak tahu kerana apa, tapi aku yakin kalau itu hadiah balas budi. Melalui bantuan itu, kami dua beradik tak perlu bayar satu sen pun kalau naik bas dia. Adik perempuan aku naik ke tingkatan 2.
Satu pagi aku terlewat bangun. Teruk aku kena marah, dan ayah berkeras tak mahu berikan duit lebih untuk aku naik bas awam. Mau tak mau, aku terpaksa korek sisa-sisa duit yang ada dan terpaksa tahan makan di waktu rehat nanti. Di kampung ini, hanya aku saja pelajar yang ketinggalan bas. Mujur di kampung-kampung lain di depan sana, ada ramai lagi pelajar lain yang bernasib sama. Kami terpaksa naik bas awam.
Belum pun sampai ke sekolah, bas awam yang kami naiki sudah sendat. Hampir segenap ruang sudah terisi. Tapi, masih ada satu lagi kampung lain belum dilewati. Bas terus meluncur laju, dan bakal melewati kampung yang satu itu. Di sana, dari jauh aku lihat ada pelajar sedang tahan bas awam sama. Malang sekali bas sudah penuh dan tak mahu berhenti. Kasihan dia. Aku perhatikan wajahnya yang sayu. Ya Tuhan, itulah dia remaja yang aku cari selama ini. Bakal sahabat yang sering tergambar di dalam mimpi-mimpi sejak beberapa bulan yang lalu .
Tak sia-sia aku lewat bangun. Tak rugi kena marah dengan ayah pagi tadi. Rupanya ada hikmah di belakang semua itu. Aku temui semula remaja putih kuning yang pernah aku jumpa di sawah dulu. Meski sekadar lihat dari jauh, sekurang-kurangnya aku tahu di mana kampungnya. Mungkin aku harus berharap agar terlepas bas sekali lagi. Agar mampu lihat dia setiap hari, Tapi itu tak mungkin, barangkali aku hanya mampu berharap.
Dua bulan selepas sesi persekolahan dibuka, sekolah kami anjurkan temasya sukan tahunan. Seperti tahun sebelum,
latihan mingguan dilangsungkan selepas tamat kelas sesi pagi. Aku, selaku ahli rumah hijau harus jalani latihan setiap petang selasa. Pada hari pertama latihan, aku dapat lihat lagi 'bakal' sahabatku itu. Ternyata dia juga wakili rumah hijau. Tapi kami hanya berpandangan dari jauh. Dia dengan temannya dan aku dengan teman-temanku. Tapi ekor mata kami seperti diikat, hanya terlerai bila kelibat masing-masing hilang dari
pandangan. Mungkinkah ini jodoh?,
Ya Tuhan, aku sungguh-sungguh mahu kenal dia. Aku mahu dengan sangat. Dari ekor matanya yang tak lepas memandang, aku juga amat yakin kalau dia juga mahu kenal denganku. Aku yakin dialah remaja yang aku temui di sawah dulu.
Tak berapa lama, temasya sukan sekolah pun bermula. Berkobar semangatku menyokong rumah hijau, tapi lebih semangat lagi untuk aku jayakan misi sendiri. Misi yang jauh lebih penting dari menyokong rakan-rakan sepasukan. Hari ini aku simpan hasrat agar dapat jumpa dia, yang belum pernah aku kenal nama. Sayangnya jejak dia tak terlihat sepanjang hari ini. Dunia terasa kosong. Aku putuskan untuk pulang ke rumah sebelum temaya berakhir. Mahu pergi ke sawah dan mengadu nasib pada burung dan padi.
Di perhentian bas, tak tahu kenapa aku terlalu emosi. Aku tak hirau siapapun yang ada di sekelilingku dan siapapun yang naik bas yang sama denganku. Bas mula bergerak dan berhenti di kampung pertama. Ada dua pelajar yang turun di kampung itu. Dan... ya Tuhan, salah satunya ialah dia. 'Terkilannya.
Rugi juga terlalu emosi. Sudahnya aku telah terlepas peluang keemasan ini. Kalau tidak tentu kami dapat berbual bersama dalam bas ini. Cuma ada juga hikmahnya. Dia ternyata dapat lihat aku dari jauh, dan seolah-olah beri isyarat tangan dan kemudian lemparkan satu senyuman yang sentiasa manis bagiku. Lalu pandangan indah itu hilang ketika bas bergerak meninggalkan kampung itu.
Mungkin inilah permulaan yang baik. Dia angkat tangan. 'Ya kawan-kawan, lihatlah, dia dah angkat tangan'. Suaraku terpecah dalam suasana yang tiba-tiba berubah. Wajahku yang tadinya murung, jadi ceria. Sepertinya teriakan itu bergema ke seluruh isi bas. Tapi mujur itu hanya imaginasi. Jeritanku hanya lantang dalam hati sendiri. Namun sudah cukup buat alamku berbunga-bunga. Kata orang, seribu langkah di depan bermula dengan langkah pertama. Mungkin begini layaknya orang yang bercinta. Tapi aku yakin kami berdua takkan sampai ke tahap itu. Jadi aku ulang ayat itu sekali lagi, 'Mungkin begini layaknya orang yang bersahabat'.
Hari ini, dan hal yang terjadi tadi bagai memberikan satu tanda. Ada sinar di depan yang mulai pancar. Aku yakin itu. Aku yakin dengan sangat. Aku yakin dapat bersahabat dengannya, dengan jujur dan suci. Aku ingin sekali ya Tuhan. Tolonglah, kerana aku yakin dia juga berharap hal yang sama dengan ku.
Hari ini, dan hal yang terjadi tadi bagai memberikan satu tanda. Ada sinar di depan yang mulai pancar. Aku yakin itu. Aku yakin dengan sangat. Aku yakin dapat bersahabat dengannya, dengan jujur dan suci. Aku ingin sekali ya Tuhan. Tolonglah, kerana aku yakin dia juga berharap hal yang sama dengan ku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan