Saya sering ditanya tentang soalan sepeti ini "Eh, ko bila nak kawin?", "Ko dah ada makwe ke belum?" "Kenapa ko taknak kawin ni?" dan macam-macam soalan lain yang semakin lama semakin membingitkan telinga sampai ada saatnya saya mahu saja lari dari orang-orang yang telah saya kenal selama ini. Cuma mujur saya masih sempat berfikir panjang. Semakin lama, semakin saya berani yakinkan diri bahawa soalan itu lahirnya dari hati manusia-manusia yang tidak pernah akan faham pada dunia dan masalah-masalahnya . Jadi saya tidak salahkan mereka kerana mereka memang tidak bersalah. Dan saya sudah sedia kalau soalan-soalan yang memanaskan telinga seperti itu datang lagi. Saya pasti tentu ada lagi pertanyaan serupa selagi saya masih belum berkahwin.
Saya percaya tidak ada siapapun anak-anak lelaki dalam dunia ini yang mengimpikan untuk jadi seorang gay bila mereka dewasa. Saya percaya di benak setiap orang gay yang wujud ketika ini pun tak seorangpun yang termimpi untuk jadi seperti ini. Saya percaya mereka juga punya keinginan untuk berkeluarga, punya anak-anak dan isteri cantik yang memahami. Saya juga percaya, mereka tidak pernah satu saatpun meminta dilahirkan seperti ini.
Persoalannya, adakah menjadi gay itu satu pilihan?
Di luar sana, adakah anda berani mengaku bahawa anda seorang gay secara terang-terangan? Tentu tidak. Anda menempah jalan buntu jika mengaku seperti itu. Jika anda berani, tentunya anda sudah siap menerima segala tohmahan, kutukan, hinaan, kejian, fitnah dan segala macam perlecehan yang akan anda hadapi.
Di luar sana, mereka yang menuduh hanya berani buat begitu kerana mereka tidak hadapi masalah ini. Mereka hanya pandai mengungkapkan semula segala macam hadith dan pandangan agama tentang kecenderungan yang gila ini. Mereka lebih cenderung menyalahkan dan tak habis-habis mengutuk. Tapi mereka tidak pernah kaji apa yang berlaku di sebalik semua ini. Ya, mereka boleh berbangga kerana mereka lahir sebagai lelaki dan dididik sehingga besar secara normal sebagaimana kebiasaan anak-anak lelaki.
Kata pepatah, bentuklah buluh dari rebungnya, begitulah. Dan saya percaya pengamal-pengamal gay ini sudah terbengkokkan ke arah itu sejak dari rebungnya lagi. Jadi kenapa harus salahkan mereka. Seperti kain putih, jika dicelup pewarna birupun akan kekal berwarna biru sehingga kain itu usang, lusuh buruk dan luput dengan sendirinya. Anak manusia pun kalau dididik kera, sedikit sebanyak akan terikut sifat kera.
Bagi saya, gay adalah satu kecelaruan naluri. Menjadi gay bukan satu pilihan, bukan juga lahir secara semula jadi, malah bukan juga satu penyakit biasa yang mudah diubati. Gay adalah sifat peribadi yang telah tertanamkan dalam diri. Tergantung selama mana ia tertanam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan